Thursday, December 7, 2017

Entri 1150: Makhluk Itupun Bertasbih



Teks: Yusmazida Mohd Yusoff

Sebaik sahaja azan Subuh berkumandang, sahutan dan nyalakan anjing juga kedengaran.

Mereka menyahut secara berjemaah sepanjang azan.

Allahuakbar. MasyaAllah.

Suasana menjadi bingit sekali hanya untuk beberapa saat. Pada mulanya, saya buat biasa. Tetapi, ia terjadi hampir setiap kali azan Subuh.

Itu halwa telinga sepanjang saya menumpang rumah saudara.

Begitu hebatnya panggilan Ilahi.

Hatta, makhluk itupun menunjukkan tanda syukur dengan cara tersendiri.

Yang kadangkala, saat dan ketika itu, kita masih di bawah selimut.

Badan mahu melekat saja di katil.


Entri 1149: Lambat Macam Kura-kura


Teks: Yusmazida Mohd Yusoff

Saya: Abang, boleh tak cepat sikit jalan? Keretapi dah nak jalan ni.

Arfan: Mummy ni. Selalu suruh cepat.

Saya: Iyalah.

Arfan: Cuba mummy suruh kura-kura jalan cepat? Mesti tak boleh kan?

Saya: Ya. Tapi abang bukan kura-kura.

Arfan: Sama je.

Entri 1148: Memang Happy


Teks: Yusmazida Mohd Yusoff

Arfan: Mummy, abang memang happy.

Saya: Sebab apa?

Arfan: Sebab mummy belikan abang transformer. Memang abang happy. Gembira. Esok beli banyak-banyak lagi tau? Macam Nurhan, Airis, Nopal.

Entri 1147: Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan


Teks: Yusmazida Mohd Yusoff

"Kerjasama perlu dijalinkan dengan agensi kerajaan yang bersangkut paut dengan kajian yang dijalankan".

"Susur galur dan sejarah agensi berkenaan perlu diambil tahu. Agensi ini di bawah apa dan seterusnya".

"Walaupun hasil belum tentu dapat membantu dalam kajian, tetapi sekurang-kurangnya kedua-dua pihak dapat membantu antara satu sama lain. Ini kerana masing-masing adalah dari sektor yang sama, iaitu kerajaan (universiti + agensi)".


Entri 1146: Ikatlah Ilmu Dengan Kitab



Teks: Yusmazida Mohd Yusoff

Seperkara yang akan saya pastikan selepas menghadiri sesuatu seminar atau bengkel adalah mendapat pulangan balik.

Maknanya, saya akan cuba dapatkan balik yuran yang telah berbayar. Pertama, aplikasikan ilmunya.
Atau boleh juga begini. 

Paling kurang dan sangat mudah adalah menyebarkannya untuk kebaikan bersama.

Ia satu keuntungan yang tak nampak dengan mata kasar (intangible). Tapi, mahal harganya.
Lepas tu, nak humban segala catatan dan nota dalam almari, silakan.

Tapi tulisan Dr Umi Kalthum Ngah ini sewajarnya diambil berat.

"Ikatlah ilmu dengan kitab (iaitu dengan menulisnya)".

Entri 1145: Konsep dan Anak panah



Teks: Yusmazida Mohd Yusoff

Konsep asas yang seorang penyelidik perlu tahu.

Modalnya hanya anak panah.



Entri 1144: Kegembiraan Penyelidik


Teks: Yusmazida Mohd Yusoff

Antara kegembiraan seorang penyelidik ialah menerima maklumbalas dari responden masing-masing.
Pelbagai medium dan cara digunakan. Muka tebal juga perlu.